Ahad, 25 April 2010

KAKITANGAN KERAJAAN: SIJIL CUTI SAKIT SWASTA PERLU SOKONGAN ?

..Nii aku nak cerita sikit pasal cuti sakit ...kau orang tahu tak kalau orang swasta ambil cuti sakit dari klinik swasta mesti dari klinik panel swasta yang ada berdaftar dengan majikan dia orang ...tapi kalau kerajaan kalau cuti sakit dia orang ambil dari klinik swasta ..? aah apa ? kau orang pun tak tahu..mesti ada yang cakap budibicara jabatan kalau tak lebih 2 hari boleh aje ..tetapi perlu ingat tidak melebihi 15 hari dalam 1 tahun kalau lebih perlu ada sokongan pegawai perubatan kerajaan ..betulkan !! tu kat perintah am Bab C 15..betul le tuu...

Tapi ..kau orang tahu tak pasal MC nii kalau dari swasta nii ada pecahan lagi rupanya ...betul-betul lee kerajaan nii tak nak menyusahkan orang kerajaan yang sakit nii ..JPA keluarkan pekeliling untuk memudahkannya kau orang boleh rujuk pekeliling tahun 2006 http://www.jpa.gov.my/pekeliling/pp06/bil02/pp0206.pdf

...kat pekeliling nii rupanya beritahu..kalau orang keraajaan sakit ambil cuti dari klinik swasta atau hospital swasta sebagai pesakit luar tetapi dalam tempoh 1 tahun semasa tidak melebihi 15 hari tidak perlu sokongan pegawai perubatan kerajaan....

bagi pesakit dalam pulak kalau cuti sakit yang diterimanya tidak melebihi 180 hari dalam 1 tahun semasa tidak perlu juga sokong pegawai perubatan kerajaan..hebatkan ..kalau le orang kerja kat kerajaan tak bersyukur tak tahu le aku nak cakap..

..tapi sebenarnya aku nak cerita sikit member aku beritahu kat aku ...pasal MC nii le bini dia sakit jadi dapat le cuti sakit dari hospital swasta (maklum le member tuu berduit jadi nak sihat cepat jadi pergi hospital swasta walaupun bini dia kerja kerajaan) ..jadi dapat le 25 hari ..jadi dia seboleh-boleh nak sign sokongan doktor kerajaan nii..sedang doktor tuu dah tunjuk pekeliling tuu..rupa-rupanya member aku tuu tak paham makna pesakit luar dan pesakit dalam ... jadi aku nak kongsi dengan kau orang le..pahaman member aku yang tak betul nii...pesakit luar ..pesakit yang berada di luar hospital atau dah keluar hospital dan pesakit dalam pulak pesakit yang ada kat dalam wad ( hospital ) ....ah ! salah tuuu...sebenar pesakit luar bermaksud pesakit yang mendapat rawatan dari jabatan pesakit luar , klinik atau kecemasan. pesakit dalam ..maknanya pesakit yang mendapat rawatan didalam wad ( sebagai pesakit yang berdaftar didalam wad ..walaupun masuk pagi discaj malam) dan bini member tuu kategori pesakit dalam ..jadi cutinya tuu tak perlu le sign doktor kerajaan sebab masih tak melebihi 180 dalam tempoh 1 tahun semasa.

1 ulasan:

Ariq berkata...

tapi bagi yg kuota mc tahunan dia (14 hari) dah abis, kalau dia dpt mc dari klinik swasta lg, mc tu tetap diterima dan dicatat mc dlm rekod kedatangan tetapi akan kena bayar blk mengikut basic gaji (harian) = basic/30hari...tapi kalau mc swasta tu diendorse oleh doktor kerajaan, automatik mc swasta tu jadi mc kerajaan..tapi nak endorse pun mc swasta tu mesti 3hari dan keatas dlm satu sijil sakit swasta..ok..