Endau Beach Resort, Penyabong, Mersing, Johor
Lokasi yang kami nak pergi dinamakan Endau Beach Resort , Penyabong, Mersing boleh tahan jauh juga ..200km jauhnya..kami bertolak dalam jam 8.15 pagi...aku bertolak awal sebab nak singgah kat Bandar Mersing ..saja nak mengimbas kembali kenangan ..lepas tuu breakfast kat Belia (salah satu tempat popular sarapan diMersing)....
Kau tengok le kedudukan Penyabong dah hampir dengan sempadan Endau-Rompin ..semasa perjalanan di kawasan Endau nii kena hati-hati sebab banyak bom bumi-trap ...he!he! tahi lembu ..mula-mula aku cuba elak ..kadang-kadang kiri ..kadang-kadang kanan ..
lama-lama aku langgar je ..malas ..
Kami sampai lebih kurang jam 11.30 pagi keluarga ke 3 yang sampai awal...keluarga yang pertama dah terjun kat kolam dah ..anak aku tengok je..!!
Sukaneka pada waktu petang...
Petang ..sukaneka dibuat disebelah resort ..sebelah pagar je.. Pantai Penyabong Resort...
Kau orang agak-agak apa yang dia tengokkan ..? apa lagi ..macam mana nak tiup nii...he he
..tengok aku dah agak sebenarnya anak aku nii memang tak pandai tiup belon..selama nii pun abang dia yang tolong tiupkan..orang lain dah besar dia belum lagi..kesian ..Danish...
Mula-mula ..memang semangat anak aku Syahmi nii.tengok cara dia pegang guni tuu pun dah nampak dah ..tapi kesian ...
Tengok akhirnya dia yang jatuh dulu ..kesian dia ...tapi yang bestnya selamba je ..nak cover malu bagus anak aku nii....
Sekali pandang macam dekat Bangkok , Thailand tuu petunjuk perasaan berbaju merah ..kau orang tengok orang rumah aku sibuk ..betul-betul macam pengadil tak cukup syarat.. he he
Cantikkan ..pokok kelapa nii biasa aje..tapi bila kita tengok macam sepasang kekasih sedang bermadu ...he he itu le image yang cuba disampaikan ..
Ini pemandangan dari chalet aku ambil..aku sebenarnya dari aku kecil lagi aku suka dengan sunshine waktu pagi ..cantik woo ..biasanya aku tak melepaskan peluang nii tapi dukacita tak keluar macam selalu tuu..
Salah satu pemandangan dihadapan resort yang boleh kita saksikan ..waktu air surut ..tak sesuai untuk mandi kalau nak mandi kenalah kita berjalan dalam 300 meter dari reosrt tuu ke Pantai Pasir Lanun..cantik tempatnya ..pic aku tak snap waktu tuu hujan ...
Pandangan dari atas di Endau Beach Resort
Kau orang jangan ingat dekat Batu Caves je yang ada tangga macam ni..kat sini pun ada ..
tangga ke Chalet-chalet Endau Beach Resort .
Salah satu kemudahan di resort nii yang menjadi tumpuan anak-anak dan mak-mak ...masa aku snap pic nii jam 7.30 pagi diorang kebanyakkan pagi tuu lepak dalam bilik ..tapi tak sampai 1 jam dah penuh ...he!he!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan