Rabu, 21 April 2010

H1N1


..Baru-baru nii aku mencari portal KKM yang aku dah set shortcut kat desktop laptop aku nii ..rupanya dah tukar dulu address yang aku tahu macam nii..http://www.moh.gov.my/MohPortal/index.jsp..sekarang macam ni http://www.moh.gov.my/ aku rasa kau orang tak tengok sangat ..tapi aku nasihat laman web KKM salah satu yang kau orang perlu tengok selain JPA , SPA dan lain-lain www... gov.my yang kauorang kena tengok sebab kau orang perlu tengok perkembangan dengan situasi masa kini berkenaan dengan H1N1 atau apa-apa saja yang berkaitan dengan kesihatan ..kat sini aku sertakan kenyataan akhbar yang ada kat web KKM yang aku rasa kau orang perlu tahu..saja nak kongsi ...

.. kat sini aku nak beritahu apa yang kau orang perlu tahu ..yang kadang-kadang kita buat-buat tak tahu je...walaupun sepatutnya kita perlu tahu..

. .dalam kenyataan akhbar Menteri KKM maklumkan..(http://www.moh.gov.my/pr_categories/2/press_releases)

Kementerian Kesihatan juga ingin menjelaskan, walaupun bilangan kejadian kluster ILI kelihatan sedikit meningkat di minggu-minggu kebelakangan ini, keadaan masih lagi terkawal. Namun begitu, kerjasama seluruh anggota masyarakat amat penting bagi mengekang penularan jangkitan dan mengelaknya daripada menjadi wabak yang tidak terkawal. Saranan-saranan Kementerian Kesihatan sebelum ini dalam menjaga kebersihan diri, etika batuk dan mengelakkan penularan perlu dipatuhi.
Antara lain:-
  1. Murid-murid sekolah dan universiti yang menunjukkan gejala ILI hendaklah segera mendapatkan rawatan. Jika tidak dimasukkan ke wad, mereka janganlah ke sekolah atau universiti dan hendaklah tinggal di rumah sehingga benar-benar sembuh.
  2. Mereka yang menunjukkan gejala ILI juga janganlah pergi ke tempat-tempat tumpuan awam.
  3. Guna topeng muka untuk mengelakkan dari menjagkiti anggota keluarga dan orang lain.
  4. Sentiasa menjaga etika batuk dengan menutup mulut dan hidung menggunakan sapu tangan atau tisu dan buang tisu dalam tong sampah selepas digunakan. Jangan sesekali berkongsi sapu tangan atau peralatan lain dengan orang lain.
  5. Selalu basuh tangan dengan sabun dan air. Sanitiser juga boleh digunakan.
  6. Minum banyak air, makan makanan seimbang dan pastikan tidur secukupnya.

Tiada ulasan: