Sabtu, 30 Oktober 2010

Orang Kerajaan Dulu dan Kini...


Ini sahaja untuk renungan ...zaman IT nii dah banyak perubahan di buat ...aku sekarang cara orang kerajaan bekerja pun dan patut berubah...Semalam aku terima satu kes ..aduan pasal ketidakpuasan terhadap perkhidmatan yang diberi ...aku bukan nak komen siapa salah atau betul tetapi sebagai anggota kerajaan di zaman IT kita patut bersedia untuk mendisplinkan diri kita dengan perkara-perkara yang akan berlaku dengan tidak dijangka...

Aku tak nak bercerita dengan lebih detail tetapi cuma sebagai satu buah fikiran kita perlu ada persiapan kalau perkara yang tak diingini ..apa yang patut dibuat ..kadang-kadang kita kabur...seketika ..tetapi dalam islam pun ada maklumkan muzakarah ( perbincangan ) wujud dari dulu lagi...makna gunakanlah ilmu .muzakarah ini .....
Kita boleh berbincang dengan rakan sekerja atau pegawai atasan supaya masalah yang kita hadapi ketika itu dapat kita soft dengan lebih baik lagi...kadang-kadang kita tak perlu selesaikan..dengan segera ....

Pengalaman aku dalam menangani masalah aduan nii bukannya pengadu tak tahu masalah yang dihadapi oleh anggota kerajaan ..tahu ! tapi mereka cuma nak lebih sikit iaitu penjelasan dari kita sendiri dengan lebih profesional...sebab itu penjelasan itu perlu dibuat dengan menyertakan dokumentasi..bukannya cakap kosong ..sahaja (modal air liur tak main bang !!) ...sebab manusia nii ada pancaindera yang dikurniakan allah dan mereka akan gunakan dengan sepenuhnya ...jadi faham-faham je apa yang aku naak maksudkan...

Satu lagi ..kita sebagai anggota kerajaan ..niii tolong le jangan main tunjuk je...atau arah ke sana ke sini...dia nii bukannya robot ...maaf le zaman dah berubah..jadi sebaik-baik sattle dengan baik..

Untuk kebaikan bersama aku bagi tips sikit dalam menangani masalah aduan nii...
  1. Biasanya Pengadu yang mengadu dengan suasana tengang ..jadi kendurkan dengan secepat yang mungkin ..Bagaimana ? He he lucu pula rasanya-kalau aduan dibuat guna telefon ..cepat-cepat tanya nama dan nombor pengadu kemudian maklumkan akan dihubungi semula dengan segera dengan alasan tidak berapa jelas ...ambil masa 1,2,3 minit ok call balik... . Tanya nama ajak duduk di tempat yang lebih privasi ..bawa dalam bilik yang berlainan... Satu lagi baca bismilah insyallah ok...

  2. Setiap janji perlu ditunaikan ..jadi kalau janji 5 minit akan call semula ..call le...atau berjumpa buat perjanjian...( manusia nii akan berasa dihargai...dengan pihak yang menepati janjinya).

ok le tuu...sebenar banya lagi tapi kalau banyak pun kalau tak amal tak guna juga...

Rabu, 28 Julai 2010

Aku baru terbaca dari ...Blog http://ustazhasfa.blogspot.com iaitu .....pasal Hilter ..???

..SELASA, 2010 JULAI 13

Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar

SEBUAH CATATAN DARIPADA SEORANG SAHABAT:: SEBAGAI SEORANG MUKMIN, MAKA KITA HENDAKLAH MENGKAJI::
____________________________________________________________________
Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan dari Arab Saudi...saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama anda semua...

Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...


Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.

Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...


Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...
Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy

Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...

Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds

Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...


2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"


3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...


Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

Selasa, 13 Julai 2010


Kisah budak pompuan dengan budak lelaki ....

gurl :sya cntik x?

boy :x


Gurl :awk nak hiDOp bsame sya x?


Boy :x


Gurl :AWK AKAN NGIS X KLAU SYA TGGL KAN AWK?


Boy :x


Gulz mula ngis.... boy trik rapat dan berkata

.......Awk x cntik tpi awk yag tercntik,

saya xnak hdup gan awk tpi saya nak idup untuk awk,

sya xkan ngis klau awk tgglkan sya tpi sya akan mati....

Selasa, 22 Jun 2010

Mukjizat di sebalik BISMILLAH

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz 'BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM' yang bermaksud 'Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.'

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail..

2. ' BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. '(Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (QS. AL Muddatsir: 30).Ibnu Masud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan
dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. '

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca..

Sabtu, 5 Jun 2010

Aku ada pasangan hidup sendiri.... Bila seronok, aku cari.

...pasanganku Bila sedih, aku cari....Mak Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku Bila berduka, aku peluk erat....Emakku Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu" Selalu.. aku ingat pasanganku Selalu.. Mak ingat kat aku Bila-bila... aku akan talipon pasanganku Entah bila... aku nak talipon Mak Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak Renungkan: "Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk Mak? Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata jika kita mendengarnya........ Tapi kalau Mak sudah tiada.......... MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT.... Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya.... berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya..... berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya..... berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya....... berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya.... berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjagaibunya..... Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAHibunya......

Rabu, 19 Mei 2010

Hujan Lebat.. Apa Tindakan Kenderaan bila menghadapinya..?




Nii..aku nak beritahu sikit pada semua pemandu ...kalau waktu hujan lebat ..tolong le hidupkan lampu..terutama kenderaan yang Colour Dark atau gelap ..hidupkan le lampu ..tak rugi pun..sebab pengamatan pemandu kurang elok ketika itu ...cahaya lampu kenderaan masing-masing dapat membantu...




Ahad, 25 April 2010

Family Day Kesihatan Kulaijaya ..aku joint program orang rumah aku

Endau Beach Resort, Penyabong, Mersing, Johor
Lokasi yang kami nak pergi dinamakan Endau Beach Resort , Penyabong, Mersing boleh tahan jauh juga ..200km jauhnya..kami bertolak dalam jam 8.15 pagi...aku bertolak awal sebab nak singgah kat Bandar Mersing ..saja nak mengimbas kembali kenangan ..lepas tuu breakfast kat Belia (salah satu tempat popular sarapan diMersing)....
Kau tengok le kedudukan Penyabong dah hampir dengan sempadan Endau-Rompin ..semasa perjalanan di kawasan Endau nii kena hati-hati sebab banyak bom bumi-trap ...he!he! tahi lembu ..mula-mula aku cuba elak ..kadang-kadang kiri ..kadang-kadang kanan ..
lama-lama aku langgar je ..malas ..
Kami sampai lebih kurang jam 11.30 pagi keluarga ke 3 yang sampai awal...keluarga yang pertama dah terjun kat kolam dah ..anak aku tengok je..!!

Sukaneka pada waktu petang...
Petang ..sukaneka dibuat disebelah resort ..sebelah pagar je.. Pantai Penyabong Resort...
Kau orang agak-agak apa yang dia tengokkan ..? apa lagi ..macam mana nak tiup nii...he he
..tengok aku dah agak sebenarnya anak aku nii memang tak pandai tiup belon..selama nii pun abang dia yang tolong tiupkan..orang lain dah besar dia belum lagi..kesian ..Danish...
Mula-mula ..memang semangat anak aku Syahmi nii.tengok cara dia pegang guni tuu pun dah nampak dah ..tapi kesian ...
Tengok akhirnya dia yang jatuh dulu ..kesian dia ...tapi yang bestnya selamba je ..nak cover malu bagus anak aku nii....
Sekali pandang macam dekat Bangkok , Thailand tuu petunjuk perasaan berbaju merah ..kau orang tengok orang rumah aku sibuk ..betul-betul macam pengadil tak cukup syarat.. he he
Cantikkan ..pokok kelapa nii biasa aje..tapi bila kita tengok macam sepasang kekasih sedang bermadu ...he he itu le image yang cuba disampaikan ..
Ini pemandangan dari chalet aku ambil..aku sebenarnya dari aku kecil lagi aku suka dengan sunshine waktu pagi ..cantik woo ..biasanya aku tak melepaskan peluang nii tapi dukacita tak keluar macam selalu tuu..
Salah satu pemandangan dihadapan resort yang boleh kita saksikan ..waktu air surut ..tak sesuai untuk mandi kalau nak mandi kenalah kita berjalan dalam 300 meter dari reosrt tuu ke Pantai Pasir Lanun..cantik tempatnya ..pic aku tak snap waktu tuu hujan ...

Pandangan dari atas di Endau Beach Resort

Kau orang jangan ingat dekat Batu Caves je yang ada tangga macam ni..kat sini pun ada ..
tangga ke Chalet-chalet Endau Beach Resort .

Salah satu kemudahan di resort nii yang menjadi tumpuan anak-anak dan mak-mak ...masa aku snap pic nii jam 7.30 pagi diorang kebanyakkan pagi tuu lepak dalam bilik ..tapi tak sampai 1 jam dah penuh ...he!he!











Anak-anak aku dapat kawan baru ..Syahmi, Najmi, Danish & Iqbal..

KAKITANGAN KERAJAAN: SIJIL CUTI SAKIT SWASTA PERLU SOKONGAN ?

..Nii aku nak cerita sikit pasal cuti sakit ...kau orang tahu tak kalau orang swasta ambil cuti sakit dari klinik swasta mesti dari klinik panel swasta yang ada berdaftar dengan majikan dia orang ...tapi kalau kerajaan kalau cuti sakit dia orang ambil dari klinik swasta ..? aah apa ? kau orang pun tak tahu..mesti ada yang cakap budibicara jabatan kalau tak lebih 2 hari boleh aje ..tetapi perlu ingat tidak melebihi 15 hari dalam 1 tahun kalau lebih perlu ada sokongan pegawai perubatan kerajaan ..betulkan !! tu kat perintah am Bab C 15..betul le tuu...

Tapi ..kau orang tahu tak pasal MC nii kalau dari swasta nii ada pecahan lagi rupanya ...betul-betul lee kerajaan nii tak nak menyusahkan orang kerajaan yang sakit nii ..JPA keluarkan pekeliling untuk memudahkannya kau orang boleh rujuk pekeliling tahun 2006 http://www.jpa.gov.my/pekeliling/pp06/bil02/pp0206.pdf

...kat pekeliling nii rupanya beritahu..kalau orang keraajaan sakit ambil cuti dari klinik swasta atau hospital swasta sebagai pesakit luar tetapi dalam tempoh 1 tahun semasa tidak melebihi 15 hari tidak perlu sokongan pegawai perubatan kerajaan....

bagi pesakit dalam pulak kalau cuti sakit yang diterimanya tidak melebihi 180 hari dalam 1 tahun semasa tidak perlu juga sokong pegawai perubatan kerajaan..hebatkan ..kalau le orang kerja kat kerajaan tak bersyukur tak tahu le aku nak cakap..

..tapi sebenarnya aku nak cerita sikit member aku beritahu kat aku ...pasal MC nii le bini dia sakit jadi dapat le cuti sakit dari hospital swasta (maklum le member tuu berduit jadi nak sihat cepat jadi pergi hospital swasta walaupun bini dia kerja kerajaan) ..jadi dapat le 25 hari ..jadi dia seboleh-boleh nak sign sokongan doktor kerajaan nii..sedang doktor tuu dah tunjuk pekeliling tuu..rupa-rupanya member aku tuu tak paham makna pesakit luar dan pesakit dalam ... jadi aku nak kongsi dengan kau orang le..pahaman member aku yang tak betul nii...pesakit luar ..pesakit yang berada di luar hospital atau dah keluar hospital dan pesakit dalam pulak pesakit yang ada kat dalam wad ( hospital ) ....ah ! salah tuuu...sebenar pesakit luar bermaksud pesakit yang mendapat rawatan dari jabatan pesakit luar , klinik atau kecemasan. pesakit dalam ..maknanya pesakit yang mendapat rawatan didalam wad ( sebagai pesakit yang berdaftar didalam wad ..walaupun masuk pagi discaj malam) dan bini member tuu kategori pesakit dalam ..jadi cutinya tuu tak perlu le sign doktor kerajaan sebab masih tak melebihi 180 dalam tempoh 1 tahun semasa.

Rabu, 21 April 2010

H1N1


..Baru-baru nii aku mencari portal KKM yang aku dah set shortcut kat desktop laptop aku nii ..rupanya dah tukar dulu address yang aku tahu macam nii..http://www.moh.gov.my/MohPortal/index.jsp..sekarang macam ni http://www.moh.gov.my/ aku rasa kau orang tak tengok sangat ..tapi aku nasihat laman web KKM salah satu yang kau orang perlu tengok selain JPA , SPA dan lain-lain www... gov.my yang kauorang kena tengok sebab kau orang perlu tengok perkembangan dengan situasi masa kini berkenaan dengan H1N1 atau apa-apa saja yang berkaitan dengan kesihatan ..kat sini aku sertakan kenyataan akhbar yang ada kat web KKM yang aku rasa kau orang perlu tahu..saja nak kongsi ...

.. kat sini aku nak beritahu apa yang kau orang perlu tahu ..yang kadang-kadang kita buat-buat tak tahu je...walaupun sepatutnya kita perlu tahu..

. .dalam kenyataan akhbar Menteri KKM maklumkan..(http://www.moh.gov.my/pr_categories/2/press_releases)

Kementerian Kesihatan juga ingin menjelaskan, walaupun bilangan kejadian kluster ILI kelihatan sedikit meningkat di minggu-minggu kebelakangan ini, keadaan masih lagi terkawal. Namun begitu, kerjasama seluruh anggota masyarakat amat penting bagi mengekang penularan jangkitan dan mengelaknya daripada menjadi wabak yang tidak terkawal. Saranan-saranan Kementerian Kesihatan sebelum ini dalam menjaga kebersihan diri, etika batuk dan mengelakkan penularan perlu dipatuhi.
Antara lain:-
  1. Murid-murid sekolah dan universiti yang menunjukkan gejala ILI hendaklah segera mendapatkan rawatan. Jika tidak dimasukkan ke wad, mereka janganlah ke sekolah atau universiti dan hendaklah tinggal di rumah sehingga benar-benar sembuh.
  2. Mereka yang menunjukkan gejala ILI juga janganlah pergi ke tempat-tempat tumpuan awam.
  3. Guna topeng muka untuk mengelakkan dari menjagkiti anggota keluarga dan orang lain.
  4. Sentiasa menjaga etika batuk dengan menutup mulut dan hidung menggunakan sapu tangan atau tisu dan buang tisu dalam tong sampah selepas digunakan. Jangan sesekali berkongsi sapu tangan atau peralatan lain dengan orang lain.
  5. Selalu basuh tangan dengan sabun dan air. Sanitiser juga boleh digunakan.
  6. Minum banyak air, makan makanan seimbang dan pastikan tidur secukupnya.

Ahad, 18 April 2010

Hasil seni aku ...Buat Poster biasa..le!

Poster Maulidur Rasul 2010..ok tak

Aku buat last minit...lagi 2 hari baru dimaklumkan kena buat ..ni le hasil nya..

Khamis, 15 April 2010

Anak-anak aku posing

Sori le..!!

Dah lama aku tak menulis kat dalam blog aku nii...insyallah aku akan cuba buat yang terbaik ...nanti aku Up-loadkan gambar-gambar yang terkini aku ambil bagi tatapan semua...